Tuesday, October 14, 2008

Mantera Beradu - Malique ft M.Nasir

Masih belum sempurna…
Bismillahirrahmanirrahim…

Gerakkan hati
Hati gerakkan
Pandanglah aku
Akulah dia

Kulitku tebal
Ku kebal ingatku kebal
Banyak berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang
Hidup tak pernah lenang
Ku skizoparanorya
Takut pecah tembelang

Pecah tembelang
Pekak dah hilang
Bangau dah pulang
Suara sumbang

Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena
Tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum
Ikut gerak hati
Pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Taklah segarang
Takat meradang
Tanya panggil dengan apa barang
Badan macam badang main acap belakang parang
Hunuskan keris
Musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat
Tujuh baris penamat
Baik berpada
Biar jahat asal selamat

(Ramai saudaraku yang baik telah dipijak)

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba meditasi
Positif yang bercecari inspirasi pagi
Peduli itu kekasih basi
Pekakkan sebelah halang ia keduanya
Muka cantik soalan bodoh yang ditanya
Jadi melodi yang lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosteron testa rossa
Cita-cita sosa
KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
Kucing bawak tidur
Rimau bawak ngigau
Masuk tempat orang
Bawak otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat
Dengar tiga meow
Kucing bawak tidur
Rimau bawak ngigau
Masuk tempat orang bawak otak bukan pisau
Tolak pintu buah
Tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi naga ikan koi renang-renang
Kura-kura salah jawab pantun naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan perkara temeh kita takkan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak
Datuk pegung turun
Tiga ular ikut
Lompat atau paut
Kalau lari mati
Jika belot maut

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
Puisi hatimu hatimu puisi
Palu hatiku palu hatiku

Kulit tak bersalin walau salin ganti baju
Pandang sini pandang sini skop berbahasa baku
Tatakata nahu himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna…

Friday, October 10, 2008

76 TIPS MEMENANGI HATI WANITA


Dpt sumber dr emel Penawarku...


1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum
anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda
sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan
kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi
tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia
memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila
masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum
itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula
apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk
untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa
parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam
kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan
beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu
perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah
kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati
anda dan nyatakan kepadanya `Saya kasihan awak tersinggung' .
Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami
yang dia tersinggung.

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan
salah anda.

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan
padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk
berfikir mengenai sesuatu.

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke
rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan
cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia
tidak menyangka yang bukan-bukan.

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan
biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan
buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV.
Berikan perhatian sepenuhnya.

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu
dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah
dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia
hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa
kerja yang akan dilakukannya.

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang
patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,
satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak
berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang
terluang.

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau
kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan `Aku cinta
padamu'.

27. Katakan `Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang
dikhaskan.

30.. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong
buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda
selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

32. Basuhkan kereta yang dipakainya.

33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika
itu yang dia suka.

34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda
menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya,
itu boleh diselesaikan kemudian.

35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk
dan kakinya.

36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan
bertujuan untuk jima'.

37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan
mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak
ramai.

39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda
kaku dan lumpuh.

40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda
boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya
untuk menentukan di mana hendak makan.

42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia
suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau
diharuskan.

43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-
sama.

44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar
pakaiannya.

45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain
ketika anda berada di khalayak ramai.

46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-
anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang
lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya
serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda
boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-
tempat yang mahu dijadikan kenangan.

50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu
yang romantik.

51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan
menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan
selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak
pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang
menunjukkan anda ambil berat seperti `Awak nampaknya gembira hari
ini' atau `Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar
anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah
tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

55. Solat bersama dan berdoa bersama.

56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal
dahulu.

58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda
ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara
yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.
Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah.
Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik
minatnya.

60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima
melalui telefon.

61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan
yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat.. Jika
hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya.
Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan `Betul kata awak'.
Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata
kepadanya.

65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku
yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar
seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal
bila anda mahu keluar rumah..

68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa
anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa
yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu
padanya.

73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah
melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan
memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil
untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan
cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa
dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk
wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut
gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri
anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Hari Yg Kene Gi Keje Lg...




Huhuhuhu.. Liat sunggu h nak bangun pagi gi keje arini.. Beberapa kali nk kene tekan 'snooze' alarm tu... (Hehehehe.. Actually, tiap2 pagi mmg mcm tu....)Tp memandangkan keje yg dok x siap2 lg, so aku pun bgn ler... dgn perasaan malas utk bersiap2 ke keje... Bila teringat balik, petang ni ada makan2 jamuan raya kat ofis.. Nnt rugi lak kalo x attend.. Hehehhee..
Pagi td bekfes makan Mc'D.. Then now x kenyang ler pulak..Slalunyer melantak nasi lemak ker, nasi goreng ker, koew teow ker... Aduss... Lapaq seyh... Nnt ingat nk ajak Kak Aida ler gi lunch samam.. Hehehehe..
OK2.. Back to work now... Siap kan Query2 tu utk letak dlm file manager yer.. ('Byk sunggu table yg nk kenne di select... :( ')

Thursday, October 9, 2008

Finish Up The Work Dear...!!!

At last, I managed to finish up my previous task; even though I have kept it delayed for over 3 weeks now.. Hehehehe.. I saw my boss's face mcm senyum sikit.. (Iyer ler.. Keje dh siap.. Nnt dia x ler kecut perut nk bagi tau client project x siap lg... Hehehehe......)Walau apapun, ingatkan dpt ler rest kejap, ronggeng2 jap lepas habis that task, and since my boss nk kene attend meeting kat Jakarta... Tp hampeh.. Ada task baru lak dia nk suruh siap kan minggu ni gak... Huhuhuhu... Dh ler susah.. Dgn query2 yg agak complicated yg nk kene di cipta nnt... Waduh...

Monday, October 6, 2008

Back To Work...

Raya week dah habis.. Walaupun demam raya masih ada.. Almaklum ler, rayakan sebulan... Hahahahaha...
Well, after spending 1 week back in my hometown, today I got to come back to office to start my work.. The work that I left since few weeks ago, must be completed by this week.. (iyer ler, boss dah asyik dok jeling2.. Sendiri mau paham ler kan.. heheheh..)
But this year Raya was very nice to me.. Yer ler, first time raya since dh keje ni.. Dulu masa study time, smua kene budget.. Now dh keje, melantak berbelanja habis-habisan.. Beg duit pun dh kempis skarang ni.. Huehuehue..
Ok ler people.. Back to work yer.. Nnt ada free time kita gosip2 lagi yer..
Mmuahh2..

Thursday, September 25, 2008

Raya Mood.. Raya Fever...

Till this moment while i'm writing here.. I really do not have d mood in finishing up my work task.. My mind keeps flying thinking about Raya coming next week.. We have about 5 days more to go.. Huhuhu...
Raya.. Raya.. Raya.. Cant wait to get back to my home town.. and enjoy all those ketupat, lemang, rendang, serunding (d one i like most.. huhuhu..) and lots and lots of cookies esspecially cornflakes, almond london and my mum hand-made chocolate cake.. Ermm.. yummy.. yummy...

So long friends and folks.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir and Batin..
Drive safely yer masa balik kampung.. I will also be driving back home to penang on this tuesday.. Hopefully there will be no traffic jem.. Yeah...

Thursday, September 11, 2008

Top 10 Foods That Increase Cancer Risk

1. All charred food, which create heterocyclic aromatic amines, known carcinogens. Even dark toast is suspect.

2. Well-done red meat. Medium or rare is better, little or no red meat is best.

3. Sugar, both white and brown–which is simply white sugar with molasses added. (See Care2’s Directory of Natural Sweeteners for great, healthy alternatives.)

4. Heavily salted, smoked and pickled foods, which lead to higher rates of stomach cancer.

5. Sodas/soft drinks, which pose health risks, both for what they contain–sugar and various additives–and for what they replace in the diet–beverages and foods that provide vitamins, minerals and other nutrients.

6. French fries, chips and snack foods that contain trans fats.

7. Food and drink additives such as aspartame.

8. Excess alcohol.

9. Baked goods, for the acrylamide.

10. Farmed fish, which contains higher levels of toxins such as PCBs.


taken from :- www.care2.com